Search This Blog
Thursday, February 24, 2011
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran dari segi bahasa, bererti “bacaan”, pengertian ini dikemukakan dalam Al-Qur’an itu sendiri iaitu dalam surat Al-Qiyamah, ayat 17-18:
“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. (Karena itu), jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya”.
Menurut istilah “Al-Qur’an” bererti: “Kalam Allah yang merupakan mu’jizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah”.
Orang yang selalu menjadikan bacaaan Al-Quran sebagai satu amalan dalam kehidupan sehariannya semata-mata kerana Allah akan diberi kelebihan dan darjat yang tinggi disisi Allah.
Hal ini berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping memperoleh kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran, kelebihan ini juga diberikan kepada kedua ibubapa bagi orang yang membaca Al-Quran.
Hal ini dibuktikan seperti mana yang terkandung dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi:
"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini".
Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T pada hari qiamat nanti.
Hal ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Oleh yang demikian,marilah kita bersama-sama merebut peluang yang ada di atas kesempatan yang diberikan oleh Allah ini selagi hayat masih ada..=)
Nukilan : AZIDAH BINTI MOHD SAWAL
Subscribe to:
Comments (Atom)


