Search This Blog

Thursday, February 24, 2011

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Al-Quran dari segi bahasa,  bererti “bacaan”, pengertian  ini dikemukakan dalam Al-Qur’an itu sendiri iaitu dalam surat Al-Qiyamah, ayat 17-18:

“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. (Karena itu), jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya”.

Menurut istilah “Al-Qur’an” bererti: “Kalam Allah yang merupakan mu’jizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah”.


Orang yang selalu menjadikan bacaaan Al-Quran sebagai satu amalan dalam kehidupan sehariannya semata-mata kerana Allah akan diberi kelebihan dan darjat yang tinggi disisi Allah.  

Hal ini berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping memperoleh kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran, kelebihan ini juga  diberikan kepada kedua ibubapa bagi orang yang membaca Al-Quran.


Hal ini dibuktikan seperti mana yang terkandung dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi:



"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini". 

Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.


Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T pada hari qiamat nanti. 


Hal ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Oleh yang demikian,marilah kita bersama-sama merebut peluang yang ada di atas kesempatan yang diberikan oleh Allah ini selagi hayat masih ada..=)

Nukilan : AZIDAH BINTI MOHD SAWAL

10 comments:

  1. alhamdulillah.segala puji bagi ALLAH yg menjadikan kita..Al-Quran mampu membimbing kita ke jalan yg lurus serta mampu memberi hidayah yg lengkap. Tanpa panduan tersebut,kita akan sesat dan terpesong akidah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...ya Allah kau kurniakanlah kpd penulis ini segala bentuk kebaikan dan maghfirahMU, jauhkanla dia dari sgala bentuk musibah...sesungguhnya melalui penulisannya ini tlh mngingatkanku kpd segala bentuk nikmat kurniaan-MU.....

    ReplyDelete
  3. Firman Allah S.W.T yg bermaksud:

    Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.(Al-Baqarah:2)

    ReplyDelete
  4. assalam...
    al-quran mampu memberi ketenangan rohani dan jasmani kepada sesiapa yg membacanya..walaupun sepatah huruf pon...
    Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
    ( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

    ReplyDelete
  5. Alif Laam Miim(1) Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa(2) - Surah Baqarah ayat 1-2

    ReplyDelete
  6. ayat2 alquran mampu memberi pelbagai kelebihan..contohnya..
    Untuk membantu dan mengurangkan kesakitan:
    Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) ke atas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yg sakit dgn niat utk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa shj kerana Allah Ta’ala.

    ReplyDelete
  7. Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia....
    "Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia". Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

    ReplyDelete
  8. tiada yg layak disembah melainkan ALLAH..ALLAH maha berkuasa di seluruh alam..al-quran kalam ALLAH..
    Allah Ta'aala berfirman:

    "Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)." (QS. Az-Zumar: 2-3).

    ReplyDelete
  9. salam... blog yang memberi makna dab tidak rugi jika membacanya. penambahan: jika selitkan satu kisah, insya Allah akan bertambah mutunya....

    ReplyDelete
  10. bismillahirrahmanirrahim..
    bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih mampu menjadi khalifah di muka bumi ini..sebagai khalifah, kita wajib melakukan yg disuruh dan tinggalkn yg dilarang.contohnya selalu membaca al-quran..

    ReplyDelete